Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

8 Kes ‘Brought-In-Dead’ Daripada 63 Kematian Akibat COVID-19 Semalam -KKM

Kredit: KKM

Sebanyak 8 kes brought-in-dead (BID) dicatatkan daripada 63 kematian melibatkan COVID-19 semalam, 26 Mei, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut KKM, kes BID merupakan kematian yang berlaku di luar hospital, namun didapati meninggal dunia akibat COVID-19 selepas bedah siasat dilakukan.

Susulan itu, KKM menasihatkan orang ramai agar terus membuat saringan jika bergejala.

Malah, gejala boleh menjadi semakin teruk seperti kesukaran bernafas, terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi.

KKM turut mengepilkan gambar situasi di mana dua petugas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh yang sedang membuat ujian calitan ke atas mayat bagi kes BID.

Sumber: KKM