Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

8 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Wilayah Diramal Hujan
Kredit: Bernama

8 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah termasuk seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Labuan diramal hujan.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

"Bagi Pahang, beberapa kawasan diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong. Selain itu, di Selangor meliputi daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

"Di samping itu, Negeri Sembilan pula termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Di Melaka, hanya daerah Alor Gajah diramal hujan petang ini.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.