Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jaga kereta
Gambar: ImageFX

8 Tip Jaga Kereta Korang ‘Wajib’ Tahu

Nur Erizsha

8 Tip Jaga Kereta Korang ‘Wajib’ Tahu

Setiap pemilik kenderaan pasti mahukan kereta mereka sentiasa berada dalam keadaan baik, tahan lama dan tidak mudah rosak.

Namun, realitinya ramai yang hanya menunggu sehingga kereta menunjukkan tanda-tanda masalah barulah dibawa ke bengkel.

Sebenarnya, penjagaan kereta bukan sekadar mengisi minyak dan mencuci luaran sahaja.

Ada beberapa perkara asas yang sering kita abaikan, tetapi sangat penting untuk memastikan kereta terus berfungsi dengan baik dalam jangka masa panjang.

Mari kita lihat 8 tip mudah penjagaan kereta seperti yang disyorkan oleh McMahon Automotive untuk membantu anda menjaga kenderaan dengan lebih baik.

Periksa dan tambah minyak enjin

Minyak enjin berfungsi untuk melicinkan bahagian dalaman enjin. Jika berkurangan, ia boleh menyebabkan kerosakan yang serius.

Untuk menambah minyak, buka penutup minyak enjin, gunakan minyak dengan tahap kelikatan yang disyorkan, tuang sedikit demi sedikit dan periksa menggunakan dipstick.

Elakkan terlebih isi kerana ia boleh menjejaskan prestasi enjin. Rujuk buku manual kenderaan untuk kapasiti minyak yang tepat.

Periksa tekanan tayar

Tayar adalah satu-satunya bahagian kereta yang menyentuh jalan raya.

Pastikan tekanan angin sentiasa mengikut kadar yang disyorkan pengeluar (biasanya tertera pada pelekat di bahagian pintu pemandu).

Gunakan tolok angin untuk menyemak, kemudian tambah atau kurangkan angin jika perlu. Tayar yang tidak cukup angin boleh meningkatkan penggunaan minyak dan membahayakan keselamatan.

Cara ‘jump start’ bateri

Jika bateri kereta mati, anda perlu tahu cara ‘jump start’.

Paling penting, jangan sesekali salah sambung kabel. Sambungan merah adalah positif, manakala hitam adalah negatif.

Jika tertukar, ia boleh merosakkan sistem elektrik kenderaan.

Tukar penapis udara

Seperti manusia perlukan udara bersih untuk bernafas, enjin juga memerlukan udara bersih untuk proses pembakaran.

Jika penapis udara kotor, prestasi enjin akan menurun dan penggunaan minyak meningkat.

Pastikan penapis diperiksa dan diganti mengikut jadual penyelenggaraan.

Periksa sistem penyejukan

Sistem penyejukan penting untuk memastikan enjin tidak terlalu panas. Sentiasa pastikan air radiator dan tangki simpanan (overflow reservoir) mencukupi.

Jika air berkarat atau berubah warna, itu tanda sistem perlu dicuci (flush). Kekurangan penjagaan boleh menyebabkan enjin overheat dan rosak.

Periksa tali sawat (belt)

Tali sawat menggerakkan pelbagai komponen penting seperti alternator, pam air dan penghawa dingin.

Jika putus, semua sistem boleh gagal berfungsi. Justeru, pemeriksaan berkala perlu dilakukan untuk mengelakkan kerosakan mengejut di jalan raya.

Ganti bilah pengelap cermin (wiper)

Penglihatan yang jelas amat penting semasa memandu, terutama ketika hujan. Bilah pengelap yang haus tidak dapat menghalang air dengan baik dan membahayakan pemanduan.

Tukar bilah wiper sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila ia tidak lagi berfungsi dengan baik.

Tambah cecair pencuci cermin (washer fluid)

Cecair pencuci membantu menanggalkan kotoran, habuk dan air hujan daripada cermin depan.

Caranya mudah: buka bonet, cari penutup takungan bertanda ikon cermin, buka dan isi semula. Biasanya penutup berwarna biru atau kuning.

BACA: Nak Jual Kereta? Ini Tip Penting Elak Rugi Beribu Ringgit

BACA: Kereta Dilanggar Dari Belakang? Ini Langkah Perlu Anda Buat

BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat

Sumber: McMahon Automotive