Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
84 Beg Darah
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

84 Beg Darah Selamatkan 1 Nyawa, HTAR Seru Orang Ramai Jadi Penderma Tetap

Athirah

84 Beg Darah Selamatkan 1 Nyawa, HTAR Seru Orang Ramai Jadi Penderma Tetap

Menderma darah merupakan satu amalan mulia yang membawa pelbagai manfaat, terutamanya kepada penerima yang memerlukan.

Bekalan darah yang diderma biasanya digunakan untuk menyelamatkan nyawa terutama untuk pesakit yang kehilangan banyak darah seperti ketika menjalani pembedahan atau terlibat kemalangan.

Dalam dunia perubatan moden, amalan ini dijadikan salah satu bentuk sumbangan sosial yang paling bermakna, selain menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

JPTD HTAR menzahirkan rasa terima kasih kepada penderma

Baru-baru ini, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkongsi kisah mengenai 84 beg darah telah menyelamatkan nyawa individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi hantaran Derma Darah HTAR di Facebook, kisah ini bermula pada malam 24 Ramadhan yang penuh keberkatan, Jabatan Perubatan Transfusi Darah HTAR menerima permintaan darah yang sangat tinggi untuk seorang pesakit.

Pesakit itu telah dimasukkan ke Wad Kecemasan akibat pendarahan dalaman yang sangat teruk. Dalam keadaan yang sangat kritikal, kira-kira 84 beg darah telah digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

Protokol “Massive Transfusion Protocol” (MTP) telah diaktifkan kerana pesakit memerlukan darah dalam jumlah yang sangat besar.

“Pesakit segera dibawa ke Dewan Bedah untuk pembedahan kecemasan bagi menghentikan pendarahan tersebut. Pesakit tersebut telah kehilangan kira-kira 13 liter darah

“Sebanyak 4 set MTP, yang terdiri daripada 24-unit darah merah, 50-unit plasma, dan 10-unit platelet, digunakan bagi memberi harapan kepada pesakit yang hampir kehilangan nyawa,” ujar hantaran itu.

Orang ramai dialu-alukan menjadi penderma darah tetap

Setelah berjuang selama 6 jam, akhirnya pesakit tersebut berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“84 penderma darah untuk 84 beg darah digunakan bagi menyelamatkan satu nyawa.” maklum pihak hospital.

Darah yang digunakan mungkin berasal daripada seseorang yang tidak dikenali, yang telah memberikan harapan bagi pesakit yang seakan-akan kehilangan segalanya.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang turut mengucapkan terima kasih kepada para penderma atas sumbangan mereka, yang telah membantu menyelamatkan pesakit.

“Kini, stok darah yang telah digunakan untuk menyelamatkan nyawa itu perlu diisi semula

“Pihak JPTD HTAR sentiasa mengalu-alukan anda untuk menjadi penderma darah secara tetap, semoga lebih banyak nyawa dapat diselamatkan, dan agar kita tidak lagi melihat mereka yang memerlukan terputus harapan hanya kerana kekurangan darah,” kata pihak hospital lagi.

BACA: Angka Korban Meningkat, 18 Maut Dalam Kebakaran Hutan Di Korea Selatan

Sumber: Derma Darah HTAR via Facebook