Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
18 Maut Dalam Kebakaran Hutan
Kredit: AFP

Angka Korban Meningkat, 18 Maut Dalam Kebakaran Hutan Di Korea Selatan 

Athirah

Angka Korban Meningkat, 18 Maut Dalam Kebakaran Hutan Di Korea Selatan

Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan maut akibat beberapa kebakaran hutan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan, lapor AFP.

Pemangku Presiden Korea Selatan, Han Duck-soo menyifatkan kebakaran hutan yang berlaku antara yang terburuk dalam sejarah di negara itu, selain beberapa kebakaran masih marak dan ribuan anggota bomba dikerahkan bagi mengawal keadaan.

Kebakaran besar itu turut meningkatkan jumlah kematian secara mendadak pada malam berikutnya apabila ia memusnahkan sebuah perkampungan dan membakar sebuah kuil bersejarah.

Menurut AFP, kerajaan telah meningkatkan amaran krisis ke tahap tertinggi dan mengisytiharkan tindak balas negara secara besar-besaran untuk mengawal kebakaran tersebut.

“Sebanyak 18 orang meninggal dunia dalam kebakaran hutan itu, manakala enam orang cedera parah dan 13 lagi mengalami kecederaan ringan,” kata seorang pegawai kementerian keselamatan kepada AFP.

Keadaan cuaca yang kering dan berangin telah menyukarkan usaha mengawal kebakaran, sekaligus menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memindahkan ribuan banduan dari pusat tahanan di daerah yang terjejas.

Bekalan elektrik dan talian komunikasi terputus

Difahamkan, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kecemasan bagi Kampung Rakyat Hahoe apabila api semakin merebak ke kawasan tersebut pada Selasa.

“Kebakaran hutan yang berlarutan selama lima hari berturut-turut di Bandar Ulsan dan wilayah Gyeongsang mengakibatkan kerosakan yang luar biasa

“Sepanjang malam, keadaan terus huru-hara apabila bekalan elektrik dan talian komunikasi terputus di beberapa kawasan, manakala jalan raya turut terhalang,” ujar Han Duck-soo.

Tambahnya lagi, anggota yang terlibat sudah melancarkan pemindahan kecemasan tetapi peningkatan angka korban tidak dapat dielakkan.

Lebih daripada seribu anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran hutan, namun angin kencang yang mencapai kelajuan 25 meter sesaat berterusan dari petang semalam hingga ke malam.

AFP melaporkan operasi helikopter dan dron terpaksa dihentikan berikutan cuaca yang tidak menentu.

“Arah angin yang sentiasa berubah dan cuaca kering yang berterusan menyukarkan pelaksanaan kaedah pemadaman kebakaran konvensional,” kata Han Duck-soo lagi.

BACA: Nak Balik Kampung? Ini 5 Bahagian Kereta ‘Wajib’ Diperiksa

Kredit: AFP