Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Bahagian Kereta Perlu Diperiksa
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Nak Balik Kampung? Ini 5 Bahagian Kereta ‘Wajib’ Diperiksa 

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Nak Balik Kampung? Ini 5 Bahagian Kereta ‘Wajib’ Diperiksa

Menjelang musim perayaan, ramai yang akan pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga. Ketika pulang beraya, ada yang bergerak menuju ke utara, pantai timur dan selatan tanah air.

Oleh itu, aspek keselamatan kenderaan yang diguna perlu dititikberatkan terutamanya bagi mereka yang melakukan perjalanan pulang yang jauh.

Melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan sebelum bergerak sekurang-kurangnya dapat memastikan ia bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Jadi, apa yang perlu setiap orang lakukan sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti tip yang diberikan oleh Muhammad SE.

Ini yang anda perlu “check” pada kereta sebelum pulang ke kampung

Sebelum memulakan perjalanan jauh, ada baiknya melakukan pemeriksaan menyeluruh pada kenderaan.

Ini yang kau patut periksa.

1. Suspensi dan Absorber, pastikan tiada kebocoran pada absorber dan spring masih dalam keadaan baik.

Suspensi yang lemah boleh menyebabkan kereta kurang selesa dan sukar dikawal, terutamanya pada kelajuan tinggi.

2. Rim dan Tayar, periksa rim untuk pastikan tiada bengkok atau retak. Pastikan tayar dalam keadaan baik, tidak botak atau bocor, dan tekanan udara cukup.

Tayar yang baik penting untuk cengkaman maksimum di jalan.

3. Penjajaran Roda (Alignment), kalau kau rasa stereng kereta berat atau kereta cenderung ke satu arah, mungkin penjajaran roda anda terganggu.

Alignment yang baik penting untuk memastikan pemanduan yang stabil dan mengurangkan kehausan tayar.

4. Sistem Stereng, periksa komponen seperti tie rod dan ball joint.

Kerosakan pada bahagian ini boleh mengurangkan kawalan atas kenderaan, yang sangat berbahaya terutamanya di jalan yang rosak.

5. Sistem Ekzos, dengarkan ada atau tiada bunyi bising yang tidak biasa dari sistem ekzos, yang mungkin menunjukkan kebocoran.

Kebocoran ekzos boleh membahayakan, terutamanya jika gas beracun seperti karbon monoksida mula masuk ke dalam kabin.

Kurangkan kelajuan di jalan yang rosak boleh mengurangkan risiko kerosakan pada kereta.

Buat pemeriksaan ringkas sebelum memulakan perjalanan dan juga setelah sampai di destinasi. Ini akan membantu mengesan masalah awal sebelum menjadi lebih serius.

BACA: Doktor Salah Cabut Gigi, Wanita Tahan Sakit Terjatuh Dari Tingkat 11

Sumber: Muhammad SE via Facebook