Penyanyi Korea Selatan, Mo Su Jin Meninggal Dunia
Vokalis kumpulan Acoustic Collabo, Mo Su Jin dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.
Menurut Korea JoongAng Daily, berita duka mengenai penyanyi berusia 27 tahun itu disahkan oleh agensinya, Panic Button.
Pengebumian mendiang diadakan pada jam 10.30 pagi Rabu di Namyangju.
"Semua prosedur pengebumian diadakan secara privasi dan tertutup, dengan hanya dihadiri oleh keluarga, saudara mara dan kenalan, mengikut kehendak keluarganya yang berduka," kata agensi itu.
Bagaimanapun, punca kematian mendiang tidak didedahkan.
Dilahirkan pada tahun 1999, Mo sebelum ini menjalani latihan sebagai pelatih idola dan menyertai Acoustic Collabo sebagai vokalis generasi ketiga pada tahun 2020.
Dia kemudiannya mengeluarkan album penuh ketiga kumpulan itu.
Acoustic Collabo bermula sebagai sebuah kugiran yang diketuai oleh Kim Seung-jae.
Kumpulan ini berdepan pertikaian undang-undang yang berpanjangan dengan agensi lamanya pada tahun 2022.
Pada 2024, Mahkamah Daerah Pusat Seoul memutuskan untuk memihak kepada mereka.
Selepas itu, Acoustic Collabo menyambung semula aktivitinya pada tahun 2025 dan menandatangani kontrak eksklusif dengan Panic Button.
Mo juga berusaha untuk memulakan semula kerjayanya sebagai artis solo, dia mengeluarkan single "Your Universe" di bawah namanya pada Jun 2025.