Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penyanyi Korea Selatan, Lee Min Meninggal Dunia

Sofea
lee min meninggal
Kredit: Koreaboo

Penyanyi Korea Selatan, Lee Min Meninggal Dunia

Penyanyi kumpulan duo As One, Lee Min dilaporkan meninggal dunia pada 5 Ogos, lapor Koreaboo.

Mendiang yang berusia 46 tahun ditemukan meninggal dunia di rumah dan pihak polis kini sedang menyiasat punca kematiannya.

Agensinya, Brand New Music, meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

“Betul, Lee Min telah meninggal dunia. Pada masa ini, siasatan polis sedang dijalankan, jadi tolong elakkan spekulasi yang berlebihan,” katanya.

BACA: Pelakon Song Young Gyu Ditemukan Meninggal Dunia

Lee Min dilaporkan sedang bergiat aktif semula dalam industri muzik dan pada bulan Jun lalu telah mengeluarkan single baharu yang bertajuk Happy Birthday.

Malah, dia juga baru-baru ini muncul di program Park Bogum’s Cantabile yang ditayangkan di saluran televisyen KBS.

Seorang kenalan lama mendedahkan bahawa mendiang seorang rakan yang positif dan pemergiannya sangat mengejutkan.

“Sukar untuk percaya ini berlaku kerana dia sangat seronok menjalankan promosi selepas sekian lama,” katanya.

Lee Min memulakan kerjaya sebagai ahli duo wanita As One pada tahun 1999. Album pertama kumpulan itu bertajuk Day by Day.

Sumber: Koreaboo