Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelakon Song Young Gyu Ditemukan Meninggal Dunia
Industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Song Young Gyu, 55, yang ditemukan meninggal dunia pagi ini.
Menurut laporan saluran MBN, Song ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan kira-kira jam 8 pagi di kawasan rumah bandar di Yongin.
Difahamkan, seorang kenalan yang berada di lokasi telah menghubungi pihak polis setelah menyedari keadaan pelakon tersebut.
Pihak berkuasa juga telah melancarkan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Untuk info, Song baru-baru ini pernah berdepan kontroversi berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Pada 19 Julai lalu, beliau didakwa memandu sejauh kira-kira 5 kilometer ke Cheoin-gu selepas minum bersama rakan-rakannya.
Hasil ujian menunjukkan kadar alkohol dalam darahnya melebihi 0.08 peratus, iaitu tahap yang membawa kepada penggantungan lesen memandu.
Akibat insiden itu, beliau digugurkan daripada pementasan teater popular, “Shakespeare in Love”.
Meskipun kontroversi tersebut memberi kesan kepada kerjayanya, Song masih aktif dalam dunia lakonan.
Beliau membintangi beberapa siri drama seperti “I Shopping” dan “Tri: We Become a Miracle”.
Song juga dikenali ramai menerusi watak-watak berkesan dalam filem terkenal seperti “Extreme Job”, “Suri Nam” dan “Casino”.
BACA: 5 Hari Terperangkap, Penyelam Hilang Ditemui Selamat Dalam Gua Bawah Air
BACA: Bendera One Piece Trending Di Indonesia, Rupanya Ini Sebabnya
BACA: Gunung Berapi Krasheninnikov Meletus Buat Kali Pertama Sejak 600 Tahun
Sumber: Maeil Business Newspaper