Pelakon veteran, Aziz Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.
Berita duka itu disahkan oleh pelakon Zulkifli Ismail menerusi satu hantaran di Facebook.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Pelakon veteran Aziz Abdullah atau nama sebenarnya Ab Aziz bin Che Abdullah telah kembali ke rahmatullah,” katanya.
Allahyarham berusia 70 tahun dan aktif dalam dunia lakonan sekitar 1980-an hingga 1990-an.
Allahyarham turut dikenali menerusi watak-watak pendekar yang sering dibawakan sepanjang penglibatannya dalam industri seni.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga dan insan terdekat Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

