Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Pelakon Korea Selatan, Jung Eun Woo Meninggal Dunia
Pelakon Korea Selatan, Jung Eun Woo atau namanya sebenarnya Jeong Dong Jin telah meninggal dunia pada usia 40 tahun.
Memetik laporan Chosun Biz, mendiang menghembuskan nafas terakhir pada Rabu.
Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan.
Upacara pengebumian telah diadakan di Dewan Pengebumian Hospital Goryeo Baru. Manakala perarakan pengebumian akan diadakan pada jam 12 tengah hari pada 13 Februari.
Mendiang akan disemadikan di tapak pengebumian Byeokje Seunghwawon.
Jung Eun Woo memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2006 dalam drama KBS 'Reply 3'. Mendiang juga turut membintangi beberapa filem iaitu 'My Tutor Friend 2', 'Bad Couple' dan 'Miss Change'.
Selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraannya pada tahun 2018, beliau memainkan watak Wang I-ryuk dalam 'My Only One'.
Beliau juga turut terlibat dalam drama popular 'Welcome to Waikiki 2' pada 2019.