Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Pelakon Korea Selatan, Kang Seo Ha Meninggal Dunia
Seoul – Pelakon Korea Selatan, Kang Seo Ha dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada usia 31 tahun.
Menurut Soompi, berita duka ini disahkan pada Isnin apabila seorang individu yang dipercayai ahli keluarga mendiang memuat naik video kenangan bersama mendiang di laman Instagram.
Menerusi kiriman itu, adik kepada Kang Seo Ha berkata pelakon itu tetap mengambil berat terhadap ahli keluarga dan rakan-rakannya walaupun dia sendiri sedang menanggung kesakitan.
“Saya masih tidak percaya awak telah tiada kakak. Walaupun sedang menanggung kesakitan, awak masih ambil berat terhadap orang sekeliling.
“Awak pernah berkeras untuk membayar makanan saya guna kad awak, walaupun awak sendiri tidak boleh makan selama berbulan-bulan.
“Banyak yang telah awak lalui, saya harap awak tidak sakit lagi sekarang,” katanya menerusi kapsyen di kiriman terbabit.
Upacara peringatan mendiang telah diadakan di Dewan Pengebumian Hospital St Mary’s Seoul. Majlis pengebumian dijadualkan berlangsung pada jam 7.40 pagi, 16 Julai.
Mendiang bakal disemadikan di tapak pengebumian keluarga di Haman, Wilayah Gyeongnam.
Dilahirkan pada tahun 1994, Kang Seo Ha merupakan lulusan dari Korea National University of Arts’ School of Drama. Dia mula mendapat perhatian apabila muncul dalam video muzik untuk Brave Guys “Getting Farther Away” pada 2012.
Antara drama yang dibintanginya adalah Schoolgirl Detectives, Assembly, First Love Again, Through the Waves, The Flower in Prison dan Heart Surgeons.
Mendiang juga turut berlakon di dalam filem Mangnaein yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Ia menjadi projek seni terakhirnya.
Terdahulu, industri seni Korea Selatan turut kehilangan seorang pelakon wanita, Lee Seo Yi, yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Jun.
Mendiang membintangi beberapa filem terkenal seperti The King dan Killing Romance.
Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum.
Sumber: Soompi