Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat

SARAWAK
Gambar hiasan.

KUCHING, 12 Ogos (Bernama) -- Sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8 pagi ini, berbanding 11 kawasan pagi semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Serian (194), Kuching (172), Samarahan (170), Sarikei (161), Bintulu (157), Sri Aman (157), Samalaju (152), Sibu (151) dan Miri (133).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA

Intipati
  • Sembilan kawasan di Sarawak mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat 8 pagi ini.
  • Serian merekodkan bacaan tertinggi 194, diikuti Kuching 172 dan Samarahan 170.
  • Data IPU dikeluarkan setiap jam menerusi 68 stesen pengawasan kualiti udara negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan