Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Petang
Kredit: Bernama

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Johor serta WP Labuan.

"Di Kedah, beberapa daerah diramal hujan seperti Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Sementara itu di Perak dan Kelantan masing-masing hanya daerah Hulu Perak dan Jeli dijangka hujan.

"Di Terengganu pula, beberapa daerah diramal hujan seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, Selain di Pahang hanya daerah Rompin.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang termasuk adalah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang (Limbang).

"Di Sabah termasuk Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.