Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah serta seluruh kawasan Pulau Pinang dan WP Labuan.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Bandar Baharu dan Kulim. Manakala di Kelantan pula hanya melibatkan kawasan Pasir Puteh.

“Selain itu, di Terengganu pula termasuk Besut, Setiu, Kemaman, Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Bagi Pahang, beberapa daerah dijangka hujan seperti Kuantan, Bentong, Jerantut, Lipis dan Cameron Highlands.

“Sementara di Negeri Sembilan pula termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Tampin dan Port Dickson.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Miri (Marudi) dan Limbang.

“Sementara di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Kalabakan), Pedalaman, Kudat (Kudat dan Kota Marudu), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Ranau), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Tongod, Labuk & Sugut dan Telupid),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang.
  • Amaran melibatkan sembilan negeri serta WP Labuan, termasuk seluruh kawasan Pulau Pinang.
  • Penduduk kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan