Susulan daripada kejadian tiga adik-beradik yang dikuatiri lemas semalam yang berlaku di Sungai Terengganu berakhir dengan trajedi yang memilukan apabila mayat mangsa pertama telah ditemui.
Menurut sumber, mayat mangsa yang berusia 21 tahun itu dijumpai pada pukul 9.50 pagi tadi kira-kira 100 meter jarak daripada tempat mereka hilang.
Menurut laporan polis, mangsa dikenali sebagai Umar Iskandar dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Mohd Basri Kamarazaman berkata, mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian.
“Mayat mangsa ditemui terdampar di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.
Basri berkata, pihak bomba turut menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Jalan Klang Lama, bagi melancarkan lagi operasi pencarian dua lagi mangsa iaitu Khairil Firdaus, 17 dan Khalif Naim, 16.
Sumber: Facebook Info Roadblock, BERNAMA
