Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

“Abang Mat” Kembali Dengan Levi’s Vintage Harga Tak Masuk Akal
Kalau nak cakap pasal ‘kerja gila’, memang ramai orang di dunia ni sanggup buat benda pelik dan luar jangkaan.
Tapi kisah seorang lelaki Malaysia yang dikenali sebagai “Abang Mat” ini boleh dikatakan antara yang paling ‘rare’, tak asing dalam dunia koleksi fesyen vintage.
Bayangkan, tujuh tahun lalu beliau pernah mengejutkan orang ramai apabila membeli jeans Levi’s dengan harga sekitar RM300,000.
Tapi kali ini Abang Mat kembali dengan pembelian yang jauh lebih luar biasa dari sebuah kedai jalanan di Tokyo, Jepun, iaitu jeans Levi’s vintage bernilai RM1.52 juta.

“Old is gold itu benar. Ramai yang meremehkan tentang seluar lama, namun fakta itu tidak dapat dinafikan. Pembelian ini bukanlah pembelian biasa.
“7 tahun telah berlalu sejak pembelian Abang Mat di Jepun, harga barangan vintage Levi’s meningkat berkali ganda. Jika dahulu ada yang seluar buruk di mata orang harga RM8,000, namun kini seluar yang sama berharga RM45,000. Siapa sangka.
“Pembelian beberapa helai seluar dilakukan di beberapa kedai. Mahal murah itu subjective. Tapi bagi peminatnya sendiri yang ada segalanya, mungkin inilah satu pelaburan,” kongsi Facebook Jeroong Wia.
Bukan satu atau dua helai, tetapi 16 helai jeans vintage Levi’s dibeli sekaligus dengan harga mencecah RM1.52 juta.

“Tujuan kali ini adalah mencari seluar jeans vintage Levi’s yang dalam kondisi deadstock atau yang jenis rare. Alhamdulillah walaupun mahal, tapi barang ada. Barang sebegini kalau ada duit banyak mana sekalipun, susah nak dicari,” tambah Jeroong Wia.
Dalam pada itu, Jeroong Wia sempat berkongsi tentang siapa sebenarnya Abang Mat.
Buat geng yang “baik beli” atau geng yang membuat kecaman, aku perkenalkan sedikit sebanyak perihal tentang Abang Mat ini.
Abang Mat ini sudah ada segalanya. Beliau salah seorang pembayar cukai secara sah di Malaysia dengan nilaian jutaan ringgit setiap tahun. Dibina Masjid 3 juta di Malaysia untuk kegunaan orang ramai.
Dan yang paling penting, beliau adalah seorang anak Melayu yang susah pada suatu ketika dan berjaya kini. Yang mana kenal tu kenal lah beliau.
https://www.facebook.com/share/r/16CDm7aPw9/
BACA: Netizen Kecoh, Teruja Tengok Orang Malaysia “Join” Running Man
Sumber: Jeroong Wia/FB