Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
abdullah pemimpin merendah diri
Kredit: Bernama

Abdullah Pemimpin Merendah Diri, Tidak Suka Cerita Keburukan Orang – Annuar

Azizah Najib

Abdullah Pemimpin Merendah Diri, Tidak Suka Cerita Keburukan Orang – Annuar

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi seorang pemimpin yang merendah diri, mudah mesra, ikhlas, jujur dan tidak suka bercerita keburukan orang lain.

Bekas pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata Allahyarham yang mesra dengan panggilan Pak Lah berupaya membuat orang selesa untuk bercakap dengannya.

Beliau berkata pertemuan pertamanya dengan Allahyarham ialah ketika Perdana Menteri kelima itu menjadi pengarah belia dan beliau bergelar pemimpin pelajar dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

“Saya pernah diamanahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memimpin Bernama sebagai Pengerusi, tetapi Abdullah Badawi ini saya kenal daripada saya seorang pelajar. Pertama kali saya bertemu dengan Abdullah Badawi sewaktu nama dia ‘Encik Lah Badawi’.

“Saya melihat dia seorang yang sangat merendah diri. Dia membuat orang selesa untuk bercakap dan berbual dengan dia dan dia mengangkat taraf orang yang berada di depan dia setaraf dengan dia membuatkan kita rasa selesa untuk bercakap apa saja dengan bebas,” katanya ketika dihubungi rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Mohd Annuar yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak berkata sepanjang pengalamannya bekerja dengan Allahyarham, beliau mendapati Pak Lah tidak suka kepada konflik, perselisihan atau pergaduhan.

Sebaliknya, Allahyarham akan cuba mencari jalan tengah untuk mendamaikan orang yang berselisih faham, katanya.

“Saya lihat Tun Abdullah sentiasa merasakan dirinya sebagai seorang hamba Allah. Apa juga tanggungjawab yang diberi, dia memikul sebagai satu amanah dan dia cukup bimbang, apa juga yang dia lakukan.

“Bagaimana dia nak menghadapi Allah S.W.T di padang mahsyar. Oleh kerana itu, dia sangat bimbang kalau dia melakukan apa-apa yang ada unsur menganiaya atau tersalah membuat keputusan yang membuat dia menanggung satu beban, bukan di dunia sahaja, tapi di akhirat nanti.

“Jadi jiwa keagamaan, kehambaan dan ketuhanan itu sangat tinggi. Tanggungjawabnya kepada Allah pada saya itu satu nilai yang cukup murni. Ketakutannya itu kepada Allah mengatasi ketakutannya kepada perkara-perkara lain,” katanya.

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi.

Sumber: Bernama

BACA: ‘Pak Lah’ Bukan Sekadar Pemimpin, Insan Berjiwa Besar Terapkan Naratif Baru Malaysia – Anwar

BACA: “Pak Lah pergi dalam keadaan tenang…” – Khairy Jamaluddin