Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Selangor Jeonbuk
Gambar: Selangor FC

ACL2: Rekod Tanpa Kalah Selangor FC Lebur Di Tangan Jeonbuk

Iqbal Yasir

ACL2: Rekod Tanpa Kalah Selangor FC Lebur Di Tangan Jeonbuk

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan, malam ini.

Kekalahan itu sekali gus menjadikan skuad kendalian sementara Abdi Hassan berdepan kekalahan pertama dalam kejohanan itu dan menyaksikan Jeonbuk merampas teraju pendahulu kumpulan dengan sembilan mata selepas empat perlawanan.

SFC pula terpaksa akur jatuh di tangga kedua dengan tujuh mata, hanya dua mata di depan Muangthong United dan Dynamic Herb Cebu tercorot dengan satu mata ketika saingan peringkat kumpulan berbaki dua perlawanan.

Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan bermula garang untuk mendominasi perlawanan sebelum membuka tirai jaringan pada minit ke-22.

Jaringan tersebut diperoleh menerusi tandukan Orobo Tiago selepas menerima sepakan penjuru Chang-Hoon Kwon untuk mewaskan penjaga gol SFC Muhammad Azim Ali.

Jeonbuk kendalian Kim Do-Heon, yang tewas 1-2 kepada SFC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada 23 Okt lalu, kemudian hampir menggandakan kedudukan apabila sekali lagi memperoleh sepakan penjuru yang diambil Hoon Kwon, namun berjaya disekat pemain import SFC Ronnie Fernandez, lima minit kemudian.

SFC cuba membalas menerusi dua percubaan berturut-turut pada minit ke-34 dan minit ke-35 namun rembatan Alvin Fortes tersasar sebelum percubaan lencong Ali Olwan gagal untuk menewaskan Kim Jeonghoon.

Bersambung babak kedua, skuad Gergasi Merah dilihat semakin agresif untuk membuka tirai jaringan dan hampir berhasil namun sepakan kencang Ali Olwan tersasar pada minit ke-61.

Serangan silih berganti dilakukan kedua-dua pasukan tidak membuahkan hasil selain tambahan masa tiga minit juga tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan dengan tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan kemenangan ketiga.

SFC memulakan kempen ACL2 dengan seri 1-1 dengan wakil Thailand, Muangthong United FC pada 19 Sept diikuti menang 1-0 ke atas Dynamic Herb Cebu FC (Filipina) pada 3 Okt dan menang 2-1 ke atas Jeonbuk di Petaling Jaya pada 23 Okt lepas.

Selepas ini, Selangor akan melayani kunjungan Muangthong United di Stadium MBPJ pada 28 Nov ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Al Hilal Didakwa Bakal Tamatkan Kontrak Neymar

BACA: Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi