Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ada Bunyi ‘Pelik’ Bila Pusing Stereng Kereta? Mungkin Benda ‘Ini’ Puncanya

Athirah
bunyi pelik pusing stereng kereta
Kredit: @Altimat Auto Garage via TikTok

Ada Bunyi ‘Pelik’ Bila Pusing Stereng Kereta? Mungkin Benda ‘Ini’ Puncanya

Kereta adalah antara aset dan keperluan paling penting buat kita. Sama ada untuk pergi kerja, membeli barang keperluan asas mahupun untuk keluar bersiar–siar dan meluangkan masa bersama keluarga.

Secara umumnya, setiap kenderaan memerlukan penjagaan yang rapi agar segala fungsinya dapat digunakan dengan baik.

Namun begitu, lumrah ciptaan manusia, pasti ada hari di mana kenderaan anda akan meragam tanpa sebab. Akan tetapi, adakala kerosakan pada kenderaan boleh dikesan melalui bunyi-bunyi yang dihasilkan.

Jadi kali ini, SK ingin berkongsi berkenaan satu bunyi yang mungkin anda pernah dengar ketika memandu kenderaan masing-masing sebelum ini.

Bunyi pelik bila pusing stereng kereta, ini mungkin masalahnya

Untuk makluman pembaca, info berkenaan dikongsikan oleh seorang mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.

Menurut @Altimat Auto Garage, ketika anda memandu kenderaan dan terdengan bunyi pelik ketika memusingkan stereng atau melalui kawasan tidak rata, absorber mounting mungkin adalah puncanya.

Absorber mounting itu pulak terletak di antara absorber dan chasis kenderaan.

@Altimat Auto Garage berkata, isu ini pada asalnya hanyalah masalah kecil namun boleh menjadi besar sekiranya dibiarkan berlarutan oleh pemilik kenderaan.

Dalam pada itu, mekanik berkenaan turut menjelaskan bahawa setiap kenderaan mempunyai absorber mounting yang berlainan bentuk, sama ada seperti jenis bearing dan jenis bush.

Jangan biarkan, ia mampu menggangu komponen kereta yang lain

Kedua-dua jenis absorber mounting akan mengeluarkan bunyi yang sedikit berbeza apabila mengalami kerosakan.

Absorber mounting jenis bearing akan mengeluarkan bunyi yang kasar manakala jenis bush pula apabila mengalami koyakan, akan mengeluarkan bunyi bergesar yang kesat.

Apabila kerosakan berlaku, absorber mounting ini tidak lagi dapat menyerap hentakan daripada absorber dengan baik sekaligus menjadikan pemanduan mungkin tidak selesa.

Antaranya pemandu mungkin merasa gegaran ketika memandu, mendengar bunyi ketika ingin memusingkan stereng dan melalui jalan raya berbonggol.

Jika perkara ini dibiarkan berpanjangan, ia akan menggangu komponen kereta yang lain seperti absorber, lower arm dan steering rack.

Lama kelamaan kerosakan boleh bertambah dan menelan kos pembaikan yang jauh lebih tinggi berbanding menukar absorber mounting semata-mata.

BACA: Matahari Tegak Atas Kaabah 15 Julai Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Sumber: @Altimat Auto Garage via TikTok