Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Perletakan jawatan YB Maszlee Malik dari Kementerian Pendidikan merupakan suatu berita yang mengejutkan bagi kebanyakan pihak.
Biarpun dalam tempoh yang singkat, kita dapat lihat perubahan-perubahan positif yang beliau lakukan melalui portfolio beliau.
Bahkan, kredibiliti beliau dalam menjalankan tanggungjawab turut mendapat pengakuan dari kawan dan lawan dalam arena politik termasuklah bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.
Selain itu, beliau turut mengakui perubahan-perubahan positif yang telah dilakukan Dr Maszlee dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Berita pengunduran Dr Maszlee membuatkan ramai kakitangan pendidikan dan rakyat bersedih hati.
“Sebagai guru, saya amat sedih..”


“Menteri pendidikan terbaik sepanjang 23 tahun saya berkhidmat..”

“Saya akan terus berjuang untuk memajukan sistem pendidikan negara kita..”

“KPM lah yang tentukan hala tuju negara”

YB adalah penyelamat sistem pendidikan kita

“Kehilangan terbesar buat negara dan sistem pendidikan kita yang baru”

Menteri yang memperjuangkan keadilan dan anak-anak OKU

Semalam, YB Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan dari Kementerian Pendidikan berkuat kuasa hari ini.
Antara perubahan-perubahan positif yang berjaya dilakukan beliau dalam tempoh tersebut adalah pelaksanaan program sarapan percuma buat murid dan guru-guru di sekolah, pembaikan sekolah-sekolah daif, penambahan kelas OKU, capaian internet laju di sekolah serta pengurangan beban guru-guru.
Penukaran suka sama suka antara guru-guru juga boleh dilakukan dengan lebih mudah secara atas talian bagi mereka yang menghadapi masalah penempatan.
Semalam, beliau sempat turun padang ke SK Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk meraikan para pelajar yang baru memulakan sesi persekolahan tahun ini.
Sumber: Instagram Maszlee Malik