Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ada Yang Hina, Ada Yang Faham…”, Wanita Bersyukur, Wajah Bengkak Teruk Setahun Akibat Alahan Ketika Mengandung Kini Hampir Pulih

Gambar Via Nur Azs
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mengandung merupakan fasa yang paling berharga dan dinantikan bagi setiap wanita dalam melayari bahtera perkahwinan.

Disebabkan itu, mereka akan tetap tabah dan kuat menahan segala kesakitan yang dilalui semasa fasa tersebut.

Seperti yang diketahui, sesetengah wanita mempunyai alahan yang tertentu semasa mengandung. Ia juga akan mempengaruhi perubahan pada diri. Apa yang membezakannya adalah alahan tersebut teruk atau tidak.

Dalam keadaan ini, suami dan keluarga juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam membantu mereka menghadapi ‘sengsara’ tersebut.

Sama seperti yang kisah yang dikongsikan oleh Nur Azs di Facebook miliknya, beliau bersyukur kerana akhirnya telah pulih dari alahan semasa mengandung yang memperlihatkan wajahnya menjadi bengkak dan berkedut.

Menurutnya, ujian yang diterimanya itu sememangnya membuatkan dirinya takut untuk mengandung lagi namun dia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada suaminya yang tidak pernah berhenti memberi semangat kepadanya.

Sumber: Nur Azs