Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ada Yang Nak Beli, Lelaki Ubah Kotak ‘Parcel’ Jadi Kanvas Lukisan, Hasil Karya Seni Jadi Perhatian Ramai

Sofea
Gambar Via wisylukis
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bagi yang sering membeli barangan secara dalam talian, anda pastinya akan terus membuang semua kotak-kotak parcel kerana ia tidak lagi berguna.

Pun begitu, kotak tersebut sebenarnya boleh bertukar menjadi sesuatu yang sangat berharga jika digunakan dengan betul.

Menerusi perkongsian Muhammad Darwisy di Twitter, dia menarik perhatian ramai apabila mengubah kotak parcel menjadi satu karya seni yang luar biasa.

Pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina itu dilihat melukis sebuah kapal yang berada di lautan pada kotak tersebut.

Jelas sekali, minat melukis yang ada padanya menjadikannya lebih kreatif, walaupun pada sesuatu barangan atau benda yang dianggap tidak berguna.

Tidak disangka bahawa bahawa kotak parcel juga boleh menjadi kanvas lukisan yang kelihatan sangat berharga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji bakatnya itu dan bertanya jika ingin menjual lukisan itu.

Sumber: wisylukis