Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
solat peristiwa Israk dan Mikraj
Kredit BERNAMA

Adakah Solat Sudah Diwajibkan Sebelum Persitiwa Israk Mikraj? Ini Jawapan Mufti

Syed Faisal Sayed Muhammad

Adakah Solat Sudah Diwajibkan Sebelum Persitiwa Israk Mikraj? Ini Jawapan Mufti

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa bagi umat Islam dan diraikan setiap 27 Rejab.

Israk membawa maksud kepada perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Manakala Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit ke Sidratul Muntaha.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah berkenaan perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas seluruh umat Islam.

Seorang pengguna media sosial baru-baru ini bertanya kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan satu soalan yang ada kena mengena dengan peristiwa ini.

Jom, kita ikuti kupasan dan apa kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berhubung persoalan yang diajukan tersebut.

Soalan:

Assalamualaikum SS Datuk, di sini saya ingin bertanya soalan berkenaan dengan solat.

Seperti yang kita ketahui bahawa perintah solat kepada umat Islam setelah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.

Jadi soalannya di sini adakah sebelum peristiwa ini ibadat solat tidak diwajibkan dan bagaimana pula keadaan solat sebelum diri peristiwa berkenaan.

Mohon pencerahan daripada Datuk dan para asatizah. Terima kasih.

Ringkasan Jawapan:

Kewajipan solat bermula semenjak Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu pertama lagi iaitu sebelum dari peristiwa Israk dan Mikraj serta penghijrahan Baginda Rasulullah SAW ke kota Madinah.

Namun solat ketika itu hanya dikerjakan dua rakaat pada awal pagi dan dua rakaat pada waktu senja.

Adapun setelah berlakunya Israk dan Mikraj umat Islam diwajibkan untuk mengerja lima waktu solat fardu.

WallahuA’lam..

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari kiamat.

Kewajipan untuk mengerjakan lima waktu solat fardu ke atas umat Islam setelah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.

Pensyariatan ini telah dirakamkan di dalam riwayat yang panjang serta masyhur berkenaan peristiwa agung ini yang mana pada akhirnya diwajibkan ke atas umat Islam sebanyak lima waktu sebagai mana dalam sabdanya:

فَقَالَ: هِيَ خَمْسٌ، وَهِيَ خَمْسُونَ، لَا يُبَدَّلُ القَوْلُ لَدَيَّ

Maksudnya: “Allah SWT berfirman: Lima waktu dan ia sebenarnya menyamai 50 waktu solat. keputusan ini tidak berubah di sisi-Ku.”

Riwayat Bukhari (349)

Berdasarkan riwayat di atas, dapat difahami bahawa solat fardu yang wajib didirikan oleh umat Islam ialah sebanyak lima waktu. Imam Badr al-Din al-‘Aini turut menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan untuk mengerjakan solat fardu sebanyak 50 waktu namun atas sifat rahmat-Nya umat Islam diwajibkan untuk mengerja sebanyak lima waktu.

solat peristiwa Israk dan Mikraj
Kredit Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Namun begitu, ini bukan bermaksud tiada perintah dan kewajipan solat sebelum daripada peristiwa berkenaan kerana pensyariatan solat bermula semenjak nabi SAW menjalankan dakwahnya di kota Makkah lagi. Bahkan terdapat firman Allah SWT yang menyatakan beberapa keadaan ‌ berkenaan solat yang berbunyi:

فَاصْبِرْ ‌عَلَى ‌مَا ‌يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ

Maksudnya: “Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.”

Surah Qaf (39)

Ibn Kathir mentafsirkan maksud ayat “bertasbihlah sambil memuji tuhanmu terutama sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam” ialah merujuk kepada kefarduan solat sebelum peristiwa Israk Mikraj ialah dua kali iaitu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam dan ia diwajibkan ke atas nabi dan umatnya ketika itu.

Selain itu, terdapat juga riwayat lain yang menyatakan bahawa Nabi SAW mengerjakan solat semenjak Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama lagi. Perkara ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya:

أَنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَاهُ فِي أَوَّلِ مَا أُوحِيَ إِلَيْهِ، ‌فَعَلَّمَهُ ‌الْوُضُوءَ ‌وَالصَّلَاةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Jibril AS datang kepada Rasul ketika menyampaikan wahyu pertama dan mengajarkan Rasul SAW wuduk dan solat.”

Riwayat Ahmad (17480)

Namun begitu, bilangan dan rakaat solat sebelum berlakunya peristiwa Israk Mikraj adalah berbeza iaitu Nabi SAW mengerjakan solat sebanyak dua rakaat pada awal pagi dan di akhir siang hari.

Begitu juga yang dikatakan oleh al-Harabi yang mana ibadat solat sebelum peristiwa Israk ialah solat sebelum terbit dan terbenam matahari.

Oleh yang demikian, jelas serta dapat difahami bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan permulaan kewajipan solat fardu lima waktu, manakala sebelum dari peristiwa berkenaan ibadat solat dikerjakan sebanyak dua waktu iaitu pada awal pagi dan pada waktu senja.

Kesimpulan

Kewajipan solat bermula semenjak Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu pertama lagi iaitu sebelum dari peristiwa Israk dan Mikraj serta sebelum Baginda Rasulullah SAW berhijrah ke kota Madinah.

Namun ibadat solat ketika itu hanya dikerjakan dua rakaat pada awal pagi dan dua rakaat pada waktu senja.

Adapun setelah berlakunya Israk dan Mikraj, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan lima waktu solat fardu.

WallahuA’lam.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan