Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Adik Ni Tak Mencuri”, Wakil 7E Ceritakan Hal Sebenar, Minta Henti Kecam Si Ibu

Fathin Nadzira
Kredit : TikTok 7elevenmalaysia_official/ Sinar Harian

Tular baru-baru ini mengenai isu salah faham yang berlaku di kedai serbaneka, 7E atau 7Eleven, yang mana seorang budak lelaki didakwa mencuri barang di kedai tersebut.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok, seorang lelaki yang dipercayai pengurus kedai 7E tersebut tampil memberikan penjelasan berkenaan insiden yang berlaku.

Dalam video yang dikongsikan, pengurus kedai tersebut menceritakan semula situasi sebenar kejadian.

Memetik penjelasan wakil 7E tersebut, kejadian berlaku selepas salah seorang rakan kanak-kanak lelaki tersebut mendakwa dia mencuri dan memberitahu kepada kakitangan kedai terbabit.

Menurutnya, pekerjanya telah bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut mengenai hal itu. Kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai berasa takut dan menangis, lalu berlari keluar untuk mendapatkan ibunya.

Walau bagaimanapun, kata pengurus kedai serbaneka itu, pihak mereka membuat semakan rakaman litar tertutup (CCTV) dan mendapati kanak-kanak lelaki itu tidak bersalah.

Ibu kepada kanak-kanak lelaki itu dipercayai tampil bertemu dengan pekerja kedai dan saling bermaaf-maafan serta mengakui akan kesilapannya, memetik daripada laporan Sinar Harian.

Tambah pengurus kedai serbaneka lagi, pihaknya merayu agar orang ramai menghentikan kecaman terhadap ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut.

BACA: “Awak Bawa Kawan Awak Ke Sini,” Polis Siasat Suara Lelaki ‘Garang’ Misteri Dalam Video Terakhir Tangmo

Sumber : Tiktok 7elevenmalaysia_official, Sinar Harian