Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Perkenan Lantik Lima Anggota Baharu Badan Pemantau Bebas SPRM

AGONG
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Agong Perkenan Lantik Lima Anggota Baharu Badan Pemantau Bebas SPRM

Lima individu termasuk empat Ahli Parlimen dan seorang ahli akademik semalam menerima pelantikan baharu bagi menganggotai badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk penggal 2026 hingga 2029.

Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan tersebut yang melibatkan dua daripada lima badan pemantau bebas di bawah Akta SPRM.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu membabitkan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang berperanan memastikan keberkesanan, ketelusan serta akauntabiliti suruhanjaya berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Adnan Abu Hassan dilantik sebagai Pengerusi JKMR.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar, Shafizan Kepli dilantik semula sebagai ahli bagi penggal kedua dan turut dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi.

Dua lagi Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang dilantik semula untuk penggal kedua serta Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan sebagai ahli baharu.

Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Penguatkuasaan, Kepimpinan dan Pengurusan (Elmu), Kassim Noor Mohamed pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi LPPR.

SPRM berkata, JKMR berfungsi menasihati Perdana Menteri mengenai isu berkaitan rasuah, menyemak laporan tahunan suruhanjaya serta meneliti penilaian LPPR terhadap prestasi SPRM.

Menurutnya, LPPR pula bertanggungjawab memberi nasihat berkaitan dasar dan strategi pencegahan rasuah selain menilai cadangan penambahbaikan kecekapan serta keperluan sumber suruhanjaya.

Pelantikan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan Seksyen 13 dan 14 Akta SPRM.

Watikah pelantikan tersebut disampaikan sendiri oleh Anwar di Parlimen dan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman.