Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ahli BTS, V Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2025
Ahli kumpulan BTS, Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai V sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila diiktiraf sebagai ‘Most Handsome Man in The World 2025’ oleh sebuah majalah British.
Menurut portal AllKPop, pengiktirafan itu diberikan oleh British Nubia Magazine selepas memperoleh undian lebih 10.7 juta dalam kalangan peminat daripada 163 negara.
Difahamkan, pengiktirafan ini bukan sekadar bersandarkan pada paras rupa semata-mata tetapi karisma dan pengaruh besar yang diberikan.
“Selain daripada penampilannya, V memikat penonton melalui muziknya, penglibatan dalam bidang lakonan dan kepelbagaian artistiknya, sekaligus membuktikan bahawa daya tarikan V melebihi sekadar rupa,” kata majalah itu.
V, 29, juga pernah menerima pengiktirafan yang sama daripada sebuah majalah antarabangsa pada awal tahun ini dengan menyifatkan dirinya sebagai seorang ikon sepanjang zaman yang telah memberi pengaruh besar kepada dunia.
Menurut portal Nubia Magazine, antara selebriti lain yang berada dalam senarai top 10 selain V ialah Xiao Zhan, Zhang Zhehan, Halil Ibrahim Ceyhan, Engin Akyürek, Kerem Bürsin, Build Jakapan, Kim Namjoon (RM), Aaron Pierre dan Chris Hemsworth.
Sumber: AllKPop