Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahmad Said Gagal Pertahan Kerusi DUN Kijal

Syed Faisal Sayed Muhammad
Ahmad Said Gagal Pertahan Kerusi DUN Kijal
Kredit BERNAMA

Ahmad Said Gagal Pertahan Kerusi DUN Kijal

CHUKAI, 12 Ogos (Bernama) — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu hari ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu, yang mewakili Barisan Nasional (BN), kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Senator Datuk Razali Idris, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, dengan majoriti 3,758 undi.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Razali memperoleh 13,403 undi manakala Ahmad, yang menyandang kerusi itu sejak 1990, mendapat 9,645 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hanum Isa @ Ghazali di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sivik Kijal di sini malam ini.

Sumber: BERNAMA