Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Air asia
Kredit: Bomba Selangor Via Bernama

AirAsia Sahkan Tiada Kebakaran Enjin Pada Penerbangan AK128

Azizah Najib

AirAsia Sahkan Tiada Kebakaran Enjin Pada Penerbangan AK128

SEPANG, 27 Mac (Bernama) — AirAsia mengesahkan tiada kebakaran enjin berlaku pada penerbangan AK128 yang melakukan pendaratan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 2) tengah malam tadi, kira-kira dua jam setelah berlepas.

Menurut kenyataan hari ini, AirAsia memaklumkan penerbangan AK128 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shenzhen, China pada Rabu, terpaksa berpatah balik berikutan masalah teknikal pada satu daripada enjin yang mencetuskan isyarat luar biasa.

“AirAsia mengesahkan tiada kebakaran enjin berlaku.

“Hasil pemeriksaan mendapati isyarat itu berpunca daripada masalah kerosakan saluran udara atau duct yang menyebabkan udara panas dilepaskan, memerlukan pesawat itu kembali ke pangkalan untuk dibaiki. Pesawat itu dijangka beroperasi semula pada 31 Mac ini,” menurut kenyataan itu.

AirAsia memaklumkan sepanjang kejadian terbabit, juruterbang mengikuti prosedur ditetapkan dan memohon keutamaan pendaratan untuk memastikan keselamatan semua penumpang dan anak kapal.

“Pesawat itu mendarat tanpa sebarang insiden di KLIA Terminal 2 pada 12.06 tengah malam dan kesemua 171 penumpang serta enam anak kapal turun dengan selamat dan mereka dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas pada 3.46 pagi.

“Penerbangan gantian itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an pada 7.51 pagi, 27 Mac,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA: 2.77 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Aidilfitri Ini

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group Datuk Kapten Chester Voo dalam kenyataan sama berkata tiada kebakaran enjin berlaku pada pesawat terbabit seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

“Kru penerbangan bertindak pantas dan mengambil langkah sewajarnya mengikut protokol keselamatan dan operasi yang ditetapkan.

“Juruterbang dan anak kapal dilatih dengan baik untuk mengendalikan situasi seperti ini dan pesawat mendarat dengan selamat serta tiada kejadian lain berlaku selepas prosedur berkaitan dilakukan,” katanya.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak Malaysia Airports, pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dan pihak berkuasa keselamatan berkaitan atas kerjasama dan tindak balas pantas.

“Kami juga berterima kasih kepada penumpang AK128 atas kesabaran dan pemahaman mereka dan memastikan penerbangan gantian segera disediakan untuk menyambung perjalanan mereka.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan AirAsia komited dalam mengekalkan standard keselamatan tertinggi bagi memastikan kesejahteraan penumpang dan kru pada setiap masa,” kata Voo.

Terdahulu, media tempatan melaporkan penerbangan AirAsia dalam perjalanan ke Shenzhen terpaksa berpatah balik ke KLIA Terminal 2 sejurus berlepas dipercayai akibat kebakaran enjin.

Sumber: BERNAMA