Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AirBus Space Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa

Gambar Malaysia Dari Angkasa
Kredit: Airbus_Space

AirBus Space Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa

Pernah tak terfikir macam mana rupa kawasan perumahan atau bandar tempat kita tinggal kalau tengok dari angkasa lepas?

Selama ni kita selalu tengok dari sudut pandangan mata kasar sahaja. Paling-paling mungkin dari tingkat atas bangunan atau tingkap kapal terbang.

Siapa sangka, rupanya jauh di atas sana, pemandangannya jauh lebih memukau.

Baru-baru ini satelit pemerhatian PléiadesNeo milik syarikat Airbus Defence and Space mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa gambar dari pemandangan angkasa.

Macam Ni Rupanya Bandar Malaysia Dari Angkasa Lepas

Menariknya, menerusi hantaran di Instagram berkenaan, imej-imej tersebut merangkumi empat lokasi berbeza di sekitar Malaysia.

"Malaysia dari dari lensa satelit pemerhatian Bumi PléiadesNeo kami.

"Buat mereka yang mengenali negara ini, apakah mercu tanda (landmark) yang dapat anda kenal pasti di sini dan di bandar manakah ia terletak?" tulis hantaran berkenaan.

Berikut SK kongsikan gambar-gambar panorama lokasi di sekitar Malaysia dari angkasa lepas oleh Airbus Defence and Space di bawah.

Gambar: Airbus Defence and Space
Gambar: Airbus Defence and Space
Gambar: Airbus Defence and Space
Gambar: Airbus Defence and Space
Gambar: Airbus Defence and Space
Gambar: Airbus Defence and Space

Turut kelihatan adalah beberapa bangunaan yang sinonim dan menjadi mercu tanda Malaysia.

Antaranya termasuklah Menara Berkembar Petronas dan Bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Merdeka 118.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga teruja melihat panorama kawasan di Malaysia.