Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Akaun Palsu Menyamar Sebagai Sultan Ibrahim
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, serta menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa akaun-akaun tersebut sering digunakan oleh sindiket penipuan di Facebook dan platform media sosial lain.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi, @officialsultanibrahim, pada Ahad.
Pada masa yang sama, Royal Press Office turut menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang.
Oleh itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
BACA: Dua Maut Dalam Kemalangan Babit Lima Kenderaan
BACA: SPRM Tahan Empat Pegawai Punyai Kaitan Dengan Bekas PM Ismail Sabri
BACA: Guru Tuisyen Ditemukan Maut Dengan Kesan Kelar Di Leher, Lengan
Sumber: Astro Awani