Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SPRM Tahan Empat Pegawai Punyai Kaitan Dengan Bekas PM Ismail Sabri

Hannah
Ismail Sabri
Sumber: BERNAMA

SPRM Tahan Empat Pegawai Punyai Kaitan Dengan Bekas PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-sembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana disyaki terlibat rasuah.

Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman terhadap empat individu itu dikeluarkan di Mahkamah Putrajaya oleh Majistret Irza Zulaikha pada Jumaat lepas.

“Reman lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini,” menurutnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a Akta SPRM.

“Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya.

BACA: Mercedes Benz Diubah Menjadi “Rumah Sakit Bergerak”

BACA: Guru Tuisyen Ditemukan Maut Dengan Kesan Kelar Di Leher, Lengan

BACA: 12 Individu Terperangkap Dalam Lif Di Sebuah Hotel

Sumber: BERNAMA