Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Akaun Telegram Peribadi Saya Telah Digodam – Ismail Sabri

telegram digodam
Gambar: Business Insider/Bernama via Google

Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri memaklumkan bahawa akaun Telegram peribadi miliknya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memaklumkan tentang perkara tersebut menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasmi miliknya, Ismail Sabri pada petang tadi.

Dalam kenyataan itu juga, Ismail turut berpesan agar mesej-mesej yang diterima daripada akaun berkenaan perlu diabaikan.

“Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” jelasnya di Twitter hari ini.

Akaun Telegram Zahid Hamidi turut pernah digodam

Kes akaun Telegram peribadi milik orang ternama seperti Ismail Sabri yang digodam hari ini bukanlah kejadian kali pertama yang berlaku.

Imbas kembali laporan terdahulu, kira-kira enam bulan yang lalu, Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga pernah mengalami kejadian hampir serupa.

Malah ketika itu, bukan hanya akaun Telegram miliknya sahaja yang digodam, malah aplikasi WhatsApp juga menerima nasib sama.

Beliau ketika itu menjelaskan perkara tersebut menerusi kenyataan ringkas di Twitter seperti yang dilapor dalam laporan Siakap Keli sebelum ini.

Keratan laporan terdahulu

Dalam paparan tangkap layar (screenshot) di ruangan chat aplikasi itu, jelas tertera perbualan antara seorang individu (yang bertanya) dengan penama kononnya ‘Dato Seri Zahid Hamidi’.

Berdasarkan perbualan itu, difahamkan ‘Dato Seri Zahid Hamidi’ dikatakan meminjam sejumlah wang bernilai ribuan ringgit daripada individu tersebut.

“Boleh minta tolong transfer duit RM5,000 ye InsyaAllah petang saya transfer balik,” dakwa individu kononnya ‘Dato Seri Zahid Hamidi’ itu.

Ekoran kejadian itu, beliau berharap agar mana-mana rakan dan kenalannya yang menerima sebarang mesej tidak berkaitan untuk mengabaikan sahaja mesej tersebut.

Katanya, beliau dalam proses untuk mendapatkan semula akaunnya itu.

“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam.

“Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.

“Saya dalam proses mendapatkan semula Akaun,” tulisnya di Twitter ketika itu.

BACA JUGA: “Boleh Minta Tolong Transfer Duit RM5,000?” Zahid Dakwa Akaun Telegram & WhatsApp Digodam

Sumber: Twitter Ismail Sabri