Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Akaun TikTok Tiba-Tiba Kena "Banned", Ramai Luah Kecewa

Akaun TikTok Tiba-Tiba Kena "Banned"
Kredit: Bernama/ TikTok

Akaun TikTok Tiba-Tiba Kena "Banned", Ramai Luah Kecewa

Pada era digital masa kini, TikTok menjadi antara platform media sosial paling popular, khususnya dalam kalangan golongan muda.

Aplikasi ini bukan sahaja menjadi medium hiburan, malah turut digunakan sebagai saluran berkongsi maklumat, kreativiti dan menjana pendapatan.

Namun, di sebalik popularitinya, TikTok juga tidak terlepas daripada pelbagai isu dan cabaran.

Antaranya ialah masalah akaun pengguna yang sering digantung atau diharamkan (ban), sama ada akibat pelanggaran garis panduan komuniti, kandungan sensitif atau kesilapan sistem.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna, terutama mereka yang bergantung kepada platform tersebut sebagai sumber pendapatan dan exposure.

Akaun TikTok kena banned

Hari ini, ramai pengguna TikTok telah meluahkan rasa kecewa selepas akaun TikTok mereka secara tiba-tiba telah disekat oleh platform tersebut.

Menerusi tangkap layar dari orang ramai, TikTok mengeluarkan amaran bahawa akaun mereka akan dipadam pada 23 Ogos 2026.

"Akaun anda telah disekat kerana usia anda tidak menepati syarat untuk menggunakan TikTok. Akaun anda akan segera dipadam pada 23 Ogos 2026," tulis TikTok.

Ujar TikTok lagi, sekiranya ini adalah kesilapan dan anda sekurangnya sudah berusia 13 tahun, anda boleh mengemukakan aduan sebelum 16 Ogos 2026.

"Anda juga boleh muat turun kesemua data anda sebelum 16 Ogos 2026.

Salah seorang pengguna Threads, @azlan_the_proton_type, turut meluahkan rasa kecewa selepas akaun miliknya turut disekat oleh TikTok.

Selain itu, seorang pengguna, @farahnurhani97 turut berkongsi kekecewaannya di Thread. Ujarnya, dia belum sempat mengeluarkan komisyen dari video jualannya di TikTok.

Malah, kejadian ini bukan hanya berlaku kepada pengguna di Malaysia, tapi turut melibatkan pengguna di negara lain.

Setakat ini, puncanya masih belum dapat dikenal pasti dan beberapa orang pengguna lain memberitahu akses kepada akaun mereka sudah kembali kepada asal.