Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aksi Anak Weasel ‘Tumpang’ Burung Belatuk Berjaya Dirakam Jurufoto, Rupanya Ada Yang Tak Kena

Gambar Via BBC

Dalam hidupan liar pelbagai aksi dan ‘karakter’ haiwan yang boleh dilihat dan ada sesetengah darinya yang sempat dirakam oleh manusia.

Seperti seekor Weasel ini yang telah menumpang di belakang seekor burung belatuk ketika haiwan itu terbang.

Detik-detik menakjubkan itu berjaya dirakam oleh seorang jurugambar yang berasal dari Timur London, Martin Le-May. Difahamkan, ketika itu dia sedang berjalan-jalan di taman bersama isterinya sebelum terdengar bunyi berdecit di kawasan Hornchurch Country Park, lapor The Planet Voice.

Dia terkejut apabila melihat seekor burung yang terbang bersama seekor mamalia di belakangnya.

Bagaimanapun, aksi comel itu sebenarnya tidak seperti yang disangkakan kerana kedua-dua haiwan itu sebenarnya sedang bergaduh dan Weasel itu dikatakan cuba untuk membunuh burung belatuk tersebut.

Setelah terbang beberapa meter, burung itu dilihat mendarat ke tanah dan mula bertarung dengan Weasel tersebut.

Bagaimanapun, pertarungan mereka tidak lama kerana Weasel itu berasa terganggu dengan kehadiran Martin dan isterinya sehingga membuatkannya melarikan diri.

Menurut The Planet Voice, Weasel sememangnya terkenal kerana telah ‘merompak’ sarang dan menyerang makanan burung.

Sumber: The Planet Voice