Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Pembukaan Rasmi Lima'25
Gambar: Bernama

Aksi Udara TUDM Gamatkan Pembukaan Rasmi Lima’25 Hari Ini

Iqbal Yasir

Aksi Udara TUDM Gamatkan Pembukaan Rasmi Lima’25 Hari Ini

LANGKAWI, 20 Mei (Bernama) — Persembahan udara mengagumkan yang dimulakan dengan kemunculan tiga pesawat F/A-18D Hornet dan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) hari ini.

Majlis perasmian pembukaan pameran dan Opening Gambit TUDM itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Aksi pembukaan mengagumkan itu diserikan lagi dengan pertunjukan formasi udara serta aerobatik melibatkan keseluruhan 25 aset udara antaranya enam pesawat latihan Pilatus PC-7 MK II, dua pesawat angkut A400M, tiga pesawat C130H dan lapan helikopter pelbagai jenis iaitu EC-725, AW-139 dan EC120B.

Persembahan mengujakan itu berlangsung di ruang udara Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, disaksikan ribuan pengunjung termasuk delegasi tempatan dan antarabangsa serta orang ramai di sekitar pusat pameran.

Turut hadir menyaksikan majlis pembukaan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar.

LIMA’25 yang memasuki edisi ke-17, menghimpunkan 860 pempamer dari 24 negara terdiri daripada 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.

Pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 24 Mei ini adalah platform bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pertahanan dan aeroangkasa serantau.

LIMA’25 anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) turut memberi penekanan terhadap inovasi dan peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.

Bertemakan “Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan”, pameran kali ini merupakan yang terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

Sumber: BERNAMA

BACA: Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Di Lembah Klang Ditutup Sempena ASEAN