Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aktiviti-Aktiviti Di Rumah-Rumah Ibadat Masih Tidak Dibenarkan – Ismail Sabri

Gambar: Bernama

Menteri Kanan(Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan bahawa sebarang aktiviti di rumah ibadat masih tidak dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua ini.

Menurutnya, larangan itu masih lagi kekal seperti sebelum ini

“Sama sahaja. Di rumah ibadat kita masih lagi tidak membenarkan. Sembahyang berjemaah di masjid masih lagi tidak dibenarkan. Bukan sahaja masjid, ianya juga melibatkan semua agama.

“Gereja-gereja misalnya pada hari minggu tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan mahupun beribadat secara berkumpulan. Begitu juga di tempat lain, mungkin di kuil Hindu, tokong dan sebagainya. Ianya merangkumi semua agama, bukan Islam sahaja semata-mata,” ujarnya.

Sumber: Bernama