Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Aku Dah Hilang Etot," Zaharil Menangis Pilu Kucing Kesayangan Sudah Tiada

Zaharil Menangis Pilu
Kredit: TikTok saya.zaharil

“Aku Dah Hilang Etot,” Zaharil Menangis Pilu Kucing Kesayangan Sudah Tiada

Kucing menjadi salah satu haiwan peliharaan yang sentiasa mendapat perhatian ramai kerana kecomelannya. Selain itu, si bulus itu juga menjadi peneman yang memeriahkan lagi suasana di rumah.

Bahkan, ia sudah dianggap seperti ahli keluarga yang lain.

Justeru, kematian haiwan comel itu tentunya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pemiliknya. Hanya yang pernah melalui akan faham peritnya kehilangan ini.

Aku dah hilang Etot

Baru-baru ini, peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkongsi khabar duka apabila kucing kesayangannya telah 'tiada'.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, kucing yang dipanggil Etot itu mati kerana mengalami sakit.

“Aku dah hilang Etot, Etot sakit, macam mana kami suami isteri nak hidup tanpa Etot.

“Tapi kami reda, terima kasih kepada Allah kerana telah memberikan Etot kepada kami.

“Aku nak jumpa dia di 'sana' Ya Allah,” katanya sambil mendakap erat kucingnya yang berbungkus.

Dalam keadaan yang penuh hiba, Zaharil yang turut dikenali sebagai Peguam Kotak Pensel tidak berhenti memanjatkan doa kepada Allah SWT sambil menitiskan air mata.

Etot telah selamat ditanam di kawasan rumah Zaharil.

Perkongsian itu turut membuatkan ramai netizen berasa sayu.

“Saya faham sangat. Makan masa untuk move on dari semua ini. Walau dah berbelas tahun dah takde, mesti menangis bila teringat”

“Ya Allah, di sebalik sifat yang tegas, terserlah kasih saya yang begitu tulus antara manusia dan kucing. Semoga Dato diberi kekuatan dan Allah SWT menggantikan kehilangan itu dengan pengganti yang sama atau lebih baik”

“Allahu, perkara yang paling aku takut adalah kehilangan insan yang aku sayang termasuk anak-anak bulusku”

“Sakit sangat ya, saya dah berapa kali rasa begini, dalam empat tahun baru saya dapat hilangkan kesedihan, walau masih merindui”

“Hanya yang cinta kucing saja, akan terasa sampai ke jantung, ke hati, luruh hati tak tahu nak cakap”

Benarlah, hanya yang merasai saja yang faham tentang kehilangan kucing tersayang ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran terbaik sebagai ganti atas kesedihan yang dirasai oleh kita semua.