Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Alhamdulillah Negatif…” Ustaz Ebit Lew Sahkan Dirinya ‘Bersih’, Tidak Dijangkiti COVID-19 Walau Jumpa Ramai Orang

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew agak sibuk beberapa bulan ini dalam menjalankan misi bantuan kemanusiaan di serata negara.

Ketika pandemik COVID-19 masih belum reda, pasti ada yang terfikir, di sebalik penjelajahan Ustaz Ebit, adakah beliau turut berdepan dengan risiko jangkitan virus?

Namun kebimbangan tersebut sudah terjawab apabila beliau membuat pengakuan bahawa dirinya masih ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan setakat ini.

Gambar: Ustaz Ebit Lew

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

“Alhamdulllah negatif.

“Saya kerap ambil ujian COVID-19 sebab jumpa ramai orang. Kadang geli campur pedih sikit. Kadang tidak. Yang pasti mata mesti berair.

“Doakan ye..semoga menjadi asbab kebaikan” katanya dalam hantaran tersebut.

Sumber: Ustaz Ebit Lew