Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Alhamdulillah Syukur,” Dilaporkan Hilang Selepas COD Iphone, Lelaki Berjaya Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Gambar: myrasudirman_

Beberapa hari lalu, tular mengenai seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar pergi COD iPhone. Kisah ini telah mendapat perhatian ramai orang yang turut prihatin dengan nasib lelaki tersebut.

Iklan

Kisah itu turut dikongsikan di platform Siakap Keli menerusi perkongsian yang dibuat oleh adiknya.

Namun, menerusi IG Story adiknya, Myra Sudirman pada hari ini menyatakan bahawa abangnya yang dikenali sebagai Abangyu telah dijumpai dalam keadaan selamat.

Dalam perkongsian itu juga, gadis itu turut menyatakan bahawa abangnya telah dijumpai pada jam 12 malam di Ayer Keroh, Melaka oleh pasukan polis yang dianggotai ASP Khairul Anwar dan D9 JSJ IPD Cheras KL.

Terdahulu, Muhd Amirul Shafiq dilaporkan hilang selepas keluar untuk COD telefon bimbit di Plaza 831, Sungai Besi Dalam.

Usaha mencari yang dilakukan keluarganya menemui jalan buntu apabila hanya motornya sahaja yang kelihatan di lokasi di mana dia pergi COD telefon bimbit tersebut.

Kali terakhir dia dilihat adalah pada jam 7.30 malam dan sejak dari itu tiada khabar berita didengari olehnya.

Muhd Amirul Shafiq dilaporkan ditemui di Ayer Keroh, Melaka selepas berita kehilangannya menjadi tular di media sosial.

Susulan daripada itu, adiknya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu mengesan abangya itu.

Sumber: Myra Sudirman