Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aliff Rakib Tepati Janji, Rangkul Gelaran Juara ONE Championship

Aliff Rakib
Kredit: ONE Championship

Aliff Rakib Tepati Janji, Rangkul Gelaran Juara ONE Championship

Petinju Muay Thai negara, Nor Iman Aliff Rakib menepati janjinya untuk membawa pulang tali pinggang Juara Dunia Interim Muay Thai ONE Strawweight, sekaligus mencipta sejarah baharu dalam arena sukan Muay Thai Malaysia.

Menerusi perlawanan dalam ONE: The Inner Circle 23di Stadium Lumpinee, Bangkok, Aliff berjaya menumbangkan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao menerusi KO pada pusingan kelima.

Aliff berkata dia sudah berjanji akan membawa pulang gelaran itu sebelum ini dan sekarang dia sudah membuktikannya.

"Saya dah janji nak bawa pulang tali pinggang ini ke Malaysia, saya akan bawa balik.

"Terima kasih kepada peminat dari Malaysia yang bersama dengan saya pada malam ini.

"Saya cuba sedaya upaya untuk capai ke tahap ini, saya dedikasi tali pinggang ini kepada ayah saya," katanya.

Sumber:Facebook