Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Cuaca Buruk, Waspada Di Beberapa Negeri

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat, yang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok turut dikeluarkan bagi beberapa negeri termasuk Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi) .

— BERNAMA