Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Berterusan Di 2 Negeri Hingga Esok

Sofea
Amaran Hujan Berterusan
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Di 2 Negeri Hingga Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di dua negeri sehingga Rabu.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu di daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Manakala, hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di negeri Sarawak.

Ia melibatkan daerah Kuching, Serian dan Samarahan.

Dalam pada itu, amaran waspada itu turut membabitkan Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Lahad Datu) di Sabah.

Susulan amaran ini, orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.