Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di beberapa kawasan hingga 29 Disember (Isnin) ini.
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor membabitkan Mersing.
Selain itu, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor, selain keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Jerantut, Maran dan Bera, manakala Johor membabitkan daerah Segamat, Kluang dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Niat Nak Jaga Mak Cik Sakit, Tahu-tahu Jadi ‘Pengasuh’ Satu Wad Di Hospital
Sumber: METMalaysia