Lekukan tropika di sekitar utara Semenanjung dilaporkan telah melemah dan dijangka akan lenyap sepenuhnya, umum Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Ketua pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan cuaca di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak juga dijangka akan bertambah baik.
“Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan pada 6:45 pagi, 21 Disember 2021 untuk negeri-negeri berkenaan dengan ini ditamatkan,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca serta laman media sosial rasmi jabatan tersebut.
MET Malaysia juga boleh dihubungi melalui talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
