Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Iqbal Yasir
Amaran Hujan Berterusan Negeri Ditamatkan
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan penamatan amaran hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung dan dua Wilayah Persekutuan.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Amaran hujan berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) yang dikeluarkan pada 4:30 petang, 28 November 2025 untuk kawasan berkenaan dengan ini 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧,” maklum jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan atau di talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri, Terengganu Lebih 10,000 Orang