Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Di Dua Negeri – METMalaysia

Iqbal Yasir
Amaran Hujan Berterusan
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Di Dua Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak hingga 6 Februari, esok

Menurut kenyataan tersebut, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku beberapa kawasan di Sarawak seperti Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah.

Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah juga hingga esok.

Di Sarawak, hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu sehingga Khamis.

Di Sabah pula, hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga hari ini,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Ambil Tahu, Ini Senarai Makanan Yang Boleh Aktifkan Sel Kanser

BACA: 5 Penyakit Kanser Sering Dihidapi Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

BACA: Thaipusam: Penumpang Komuter Lembah Klang Nikmati Tambang Percuma Dua Hari