Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman twitter, telah mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan pantai timur dan Johor bermula 14 hingga 16 Disember.
Dalam kenyataannya hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan itu diramal melanda beberapa kawasan seperti:
Johor: Mersing dan Kota Tinggi.
Pahang: Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut.
Terengganu.
Kelantan.
Oleh itu, orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sumber: MetMalaysia
