Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri & 3 Wilayah

amaran hujan lebat
Kredit: ImageFX

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri & 3 Wilayah

Sebanyak 11 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan dijangka akan dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat akan berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Keadaan cuaca itu juga akan berlaku di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Di Kelantan, ia melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Terengganu, hujan akan berlaku di dua daerah sahaja iaitu di Besut dan Setiu.

Selain itu, di Pahang pula hanya melibatkan Tanah Tinggi Cameron. Begitu juga di Johor melibatkan satu daerah iaitu di Mersing.

Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, hanya Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) yang terlibat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia