Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 WP Hingga Awal Pagi Ini

Athirah
Hujan Lebat Di 4 Negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 WP Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan satu Wilayah hingga jam 1 pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Perak melibatkan daerah Hulu Perak, manakala hujan lebat dan petir turut dijangka berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Lipis.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) di Sarawak.

Bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: US Embassy KL Kongsi Gambar Malaysia Dari Angkasa, Netizen Bergurau “Kami Tak Ada Minyak, Ada Sawit Je”
BACA: Siap Ada Tanjak, Empat Robot Menari Zapin “On Point” Buat Ramai Kagum

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook